Pemimpin Pas enggan ulas pendirian parti dengan UMNO atau

Pemimpin Pas enggan ulas pendirian parti dengan UMNO atau Bersatu

Pas Kelantan sudah selesai agih kerusi pada PRN ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin Pas enggan mengulas berhubung pendirian mesyuarat mereka pagi ini yang dipercayai memuktamadkan kerjasama parti itu sama ada bersama UMNO atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Malah, Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Awang Hashim mengelak untuk memberikan reaksi kepada pengamal media yang menunggu seawal pukul 10 pagi di hadapan Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut di sini.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor pula memaklumkan, “hari ini tiada kenyataan,” katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, pengamal media difahamkan satu kenyataan bertulis akan diedarkan kepada media selepas mesyuarat AJK Pas Pusat di sini.

Sebelum ini, Pas dikatakan sedang mempertimbang syarat-syarat dikemukakan UMNO sebelum ini dan akan membuat keputusan sama ada terus bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) atau sebaliknya hari ini bagi mengharungi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ini setelah UMNO meletakkan tiga syarat kepada Pas jika ingin kembali menjalin kerjasama politik menerusi gabungan Muafakat Nasional (MN) iaitu Pas perlu keluar daripada PN, memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka ‘mufarakah’ 100 peratus daripada PN dan Bersatu. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya