Pelancaran jentera BN Bera simbolik permulaan gerak kerja

Pelancaran jentera BN Bera simbolik permulaan gerak kerja PRU15

ISMAIL SABRI Yaakob (kiri) memotong riben sebagai simbolik pelancaran Jentera Barisan Nasional Bera di Dewan Konvensyen di Bera, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Pelancaran jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera merupakan simbolik kepada permulaan gerak kerja parti itu secara rasmi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15). 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau mengarahkan semua cawangan UMNO Bera membuka bilik gerakan masing-masing seawal pagi esok. 

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut meminta MCA dan MIC Bera membuka bilik gerakan dan semua jawatankuasanya diaktifkan.

“Semua jawatan kuasa mesti diaktifkan semula. Jawatan kuasa bahagian sudah diputuskan dan  cawangan mulai esok boleh buka bilik gerakan dan mula mesyuarat jawatan kuasa masing-masing.

“Bajet mesti dari cawangan semuanya perlu dibuat dan diselesaikan sebelum penamaan calon,” katanya ketika melancarkan Jentera BN Bera di Dewan Konvensyen di sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera dalam masa sama turut mengingatkan kepada semua jentera sama ada di peringkat Bahagian, Pemuda, Wanita mahupun Puteri untuk turut turun padang bagi berjumpa dengan pengundi.

Ketua MCA Bahagia Bera, Teh Kim Seng berkata, jenteranya sudah bersedia sepenuhnya dan yakin dapat menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Triang yang akan diduduki calon MCA.

“Selepas lebih 30 tahun kerusi DUN Triang dipegang DAP, kami yakin kerusi itu akan dapat kami tawan semula. Sebab selama ini kita bagi Gerakan dan melihat Gerakan tidak pernah menang. Kali ini telah dipersetujui kerusi DUN Triang akan diduduki calon MCA, kami ada kekuatan kami sendiri,” katanya.

Timbalan Ketua Pemuda MIC Bera, V. Vinotharan pula berkata, sokongan kaum India khususnya golongan muda terhadap Pakatan Harapan (PH) semakin pudar.

“Mereka sedar, BN sahaja yang mampu membantu sekali gus mereka tekad untuk menyokong BN pada PRU15 kali ini,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya