Pas sah tanding Parlimen Jasin, Tangga Batu - Utusan Malaysia

Pas sah tanding Parlimen Jasin, Tangga Batu

Pas sah bertanding di Jasin dan Tangga Batu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Pas Melaka mengesahkan bertanding di kerusi Parlimen Jasin dan Tangga Batu mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Timbalan Pengerusi PN Bahagian Jasin, Datuk Kamarudin Sidek berkata, keputusan itu sudah diputuskan secara muktamad pada Mesyuarat Presiden PN yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khamis lalu.

KAMARUDIN SIDEK

Bagaimanapun, menurutnya, nama calon yang akan bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan akan diumumkan sendiri Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang esok.

“Alhamdulillah, akhirnya terjawab pelbagai persoalan sama ada Pas kekal bertanding di Jasin dan Tangga Batu ataupun tidak. 

“Terima kasih pucuk pimpinan tertinggi PN berjaya memuktamadkan pengagihan kerusi dan mengikut keputusan yang dipersetujui awal pada Mesyuarat PN Melaka sebelum ini.

“Walaupun pembahagian kerusi sudah selesai, tetapi, siapa calon Pas yang akan bertanding akan kita ketahui esok,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Pelancaran Jentera Pilihanraya PN Parlimen Jasin di Merlimau, di sini malam tadi.

Rabu lalu, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Jasin, Muhammad Jefri Safry mendakwa, calon Bersatu adalah lebih layak bertanding di Jasin, walaupun kerusi berkenaan secara tradisinya ditandingi Pas.

Beliau juga menegaskan, jentera Armada Bahagian Jasin tidak akan meneruskan kempen sehingga hari pengundian, jika hasrat itu tidak dipenuhi.

Mengulas mengenai peluang PN di Jasin, Kamarudin yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Jasin berkata, beliau yakin peluang parti itu untuk menang kubu kuat milik UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah cerah.

Katanya, keyakinan itu berikutan pelbagai isu dalaman membabitkan kepemimpinan BN terutama kes mahkamah melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Selain itu, kita lihat apabila pengundi muda boleh mengundi dan Pas meletakkan harapan akan ada satu perubahan bakal memihak kepada kita, untuk membuat kejutan menewaskan BN di Jasin,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya