Panggung Seni Tradisional himpun penggiat seni, malam ini

Panggung Seni Tradisional himpun penggiat seni terinai di Matic, malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 103 kumpulan kesenian terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, universiti awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyertai Himpunan Terinai Perlis di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), malam ini.

Program tersebut merupakan usaha Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bertemakan Restorasi Terinai Perlis yang turut melibatkan Fakulti Seni Kreatif, Universiti Malaya dan Kesuma sempena Panggung Seni Tradisional 2022.

Sejak dilaksanakan dari 2013, Panggung Seni Tradisional menampilkan 51 kesenian tradisional yang merangkumi tiga genre iaitu tari, muzik dan teater.

Ia menampilkan tarian terinai terawal dan evolusinya dari 1900 sehingga 2022. Kesenian itu merangkumi sembilan jenis terinai termasuk sebuah rekonstruksi terinai lama dan lapan terinai ciptaan tradisi.

Program yang julung kali diadakan menghimpunkan pelbagai bentuk terinai dalam persembahan melalui bimbingan artistik pakar terinai, Dr. Zamin Haroon.

Antara yang ditampilkan semasa persembahan itu adalah Terinai Mengadap dan Selom, Terinai Layang Mas, Terinai Dudui, Terinai Dewa Raja serta Inang Jawa dan Bertabuh.

Program kebudayaan ini turut melibatkan kerjasama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) serta Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor.

Persembahan turut diiringi dengan muzik secara langsung oleh orkestra Gendang Keling yang diketuai pakar muzik, Amil Senapi.

Sebelum ini, Panggung Seni Tradisional mengadakan beberapa persembahan seperti Teater Tradisional Wayang Kulit, Himpunan Zapin Alam Melayu serta Muzik dan Tarian Klasik Cina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya