Muda umum tanding Parlimen Sabah - Utusan Malaysia

Muda umum tanding Parlimen Sabah

muda
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengumumkan secara rasmi hari ini untuk bertanding di Sabah pada Pilihan Raya Umum Kali Ke-15 (PRU15). 

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, parti itu akan bertanding di negeri berkenaan membabitkan Parlimen Kota Marudu. 

Katanya, Naib Presiden Muda dan salah seorang pengasas Parti Muda, Shahrizal Denci atau lebih dikenali sebagai ‘Chal’ akan dipertaruhkan di kawasan tersebut. 

“Dialah (Chal) antara orang pertama yang mengasaskan Muda Sabah. Seorang anak jati Sabah dan petani moden yang dah banyak membantu ramai usahawan muda di Sabah. 

“Saudara Chal juga banyak mengangkat isu rakyat di Sabah dan keselamatan makanan di Malaysia. 

“Dia tak mahu lagi Sabah dianaktirikan dan anak-anak Sabah diketepikan. Beri dia peluang untuk berkhidmat (mewakili) rakyat Kota Marudu!,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Kerusi Parlimen Kota Marudu disandang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Maximus Ongkili sejak 2004.

Pencalonan Shahrizal menyaksikan Muda bertanding di empat Parlimen pada PRU15, November ini, setakat hari ini. 

Selain Kota Marudu, Muda sebelum ini mengumumkan untuk bertanding di tiga kawasan melibatkan Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang; Parlimen Tanjong Karang, Selangor dan Parlimen Tanjung Piai, Johor. 

Tiga calon Muda yang ditampilkan sebelum ini dijangka berdepan tugas sukar pada pilihan raya umum kali ini apabila perlu berdepan dengan anma-nama besar politik negara dan berstatus menteri. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya