MBSA Juara keseluruhan Supanun 2022 - Utusan Malaysia

MBSA Juara keseluruhan Supanun 2022

KONTINJEN MBSA yang menjadi juara keseluruhan SUPANON 2022 pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Port Dickson semalam. ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kontinjen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dinobatkan juara keseluruhan Karnival Sukan Pantai Badan Berkanun Malaysia (Supanun) dengan mengutip lima pingat emas dan satu perak manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjadi naib johan dengan tiga emas, dua perak dan satu gangsa.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula sekadar tempat ketiga dengan satu emas dan dua gangsa.

Menurut Ketua Publisiti Dan Media Supanun 2022, Shahrin Ismail, kontinjen MBSA memenangi pingat emas menerusi acara petanque lelaki dan wanita, bola tampar lelaki dan wanita dan sepak takraw senior, sementara perak menerusi acara tarik tali lelaki.

“DBKL mendapat pingat emas menerusi acara bola sepak pantai, sepak takraw veteran dan acara tarik tali lelaki manakala pingat perak bagi acara bola jaring wanita dan bola tampar lelaki dan gangsa menerusi acara petanque wanita.

“Manakala UiTM, satu emas menerusi acara bola jaring dan gangsa menerusi acara petanque bergu lelaki dan wanita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrin berkata, bagi ibu segala pingat iaitu acara bola sepak pantai, menyaksikan pertarungan sengit DBKL menentang Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang mana DBKL berjaya menewaskan MADA dengan jaringan 2–0.

Katanya lagi, gol kemenangan DBKL dijaringkan pada separuh masa pertama dan kedua perlawanan.

“Manakala tempat ke tiga bola sepak pantai dikongsi bersama Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB),”katanya.

Supanon 2022 adalah anjuran Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM), Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menyaksikan sebanyak enam acara sukan di pertandingkan iaitu Bola Sepak Pantai lelaki, Bola Jaring Pantai wanita, Tarik Tali pantai lelaki, Sepak Takraw Pantai senior dan veteran lelaki, Bola Tampar pantai lelaki dan wanita dan acara Petanque Bergu lelaki dan wanita.

Pertandingan berlangsung di Pantai Batu 5, Port Dickson Negeri Sembilan bermula pada 13 hingga 16 Oktober 2022.

Sebanyak 31 agensi mengambil bahagian dalam karnival tersebut dengan seramai lebih 700 atlet dan pegawai serta sukarelawan terlibat dalam temasya tersebut.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi merangkap Bendahari PBBM. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya