Lelaki warga emas rentung kereta terbakar

Lelaki warga emas rentung kereta terbakar

VIJAYA Rao (baju hitam) meninjau kebakaran kereta itu di lokasi kejadian hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang lelaki warga emas dikenal pasti rentung selepas kereta dipandunya terbakar di tepi Jalan Shapadu, Kampung Sungai Pinang di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa yang memandu Perodua Kancil itu berusia 70-an.

Kata beliau, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Mangsa telah terbakar 70 peratus keseluruhan badan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Polis masih menyiasat punca sebenar kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, beliau turut meninjau lokasi kejadian bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Tambah Vijaya Rao, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 5.27 pagi.

“Kebakaran melibatkan Perodua Kancil yang terbakar secara keseluruhannya.
“Terdapat mayat turut terbakar 100 peratus di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya.

Jelas beliau, operasi disertai sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya