Lelaki rentung dalam kereta Perodua Kancil - Utusan Malaysia

Lelaki rentung dalam kereta Perodua Kancil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki mati  rentung selepas kereta dinaikinya terbakar dalam kejadian berhampiran sebuah masjid di Jalan BK 5/1 Bandar Kinrara dekat sini semalam. 

Bomba  menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 10.35 malam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat sebuah kereta Perodua Kancil sudah terbakar sepenuhnya di lokasi berkenaan.

“Terdapat seorang lelaki ditemukan rentung di bahagian pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut beliau, anggota bomba bertugas melakukan kerja-kerja pemadaman api menggunakan dua aliran iaitu hos reel serta hos pam dan mengambil masa beberapa minit bagi memadamkan kebakaran.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya