Korek Sungai Klang sebagai tindakan elak banjir - Utusan Malaysia

Korek Sungai Klang sebagai tindakan elak banjir

IZHAM Hashim (kanan) melihat sebuah bot yang disumbangkan oleh KUSEL di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam, Selangor hari ini-UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Selangor akan mengorek beberapa kawasan di dalam Sungai Klang supaya menjadi lebih dalam sebagai salah satu tindakan bagi mengelak berlakunya banjir di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Ir. Izham Hashim berkata, kerja pengorekan tersebut akan dijalankan pada 1 November ini.

“JPS melantik satu konsultan bagi mengenal pasti kawasan mana iaitu kawasan yang cetek atau sensitif yang perlu dikorek.

“Antara kawasan yang sudah dikenal pasti seperti di Kota Kemuning, Taman Sri Muda dan Kampung Sungai Kandis.

“Selepas itu, JPS akan mengorek kawasan tersebut dengan kedalaman di antara dua hingga tiga meter,” katanya selepas menghadiri Majlis Kami Prihatin KUSEL di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini, hari ini.

Menurutnya, pengorekan tersebut membolehkan sungai tersebut dapat menampung penambahan kuantiti air di dalam sungai dan seterusnya mengalir ke laut.

Kata Izham, kerja pengorekan tersebut dijangka selesai pada tahun hadapan memandangkan banyak kawasan yang perlu dikorek.

“Ini kali pertama dalam sejarah Sungai Klang dikorek secara besar-besaran oleh mana-mana pentadbiran negeri.

“Saya juga sudah menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya sub stesen mereka yang rendah supaya ditinggikan.

“Kita nak pastikan bekalan elektrik tidak putus sekiranya banjir berlaku,” tegasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya