Konon mahu fokus banjir tapi sibuk perkenal calon  - Asyraf Wajdi - Utusan Malaysia

Konon mahu fokus banjir tapi sibuk perkenal calon  – Asyraf Wajdi

ASYRAF Wajdi Dusuki beramah mesra bersama para penyokong ketika hadir pada pelancaran jentera pilihan raya BN Parlimen Sepang di Kompleks Muhibah Tanjung Sepat, Selangor. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) ditempelak apabila ligat memperkenalkan calon masing-masing di sebalik kritikan kononnya  Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bakal diadakan pada musim banjir.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, dua blok itu kini dilihat paling ‘beria-ria’ berkempen  dan tidak pula fokus untuk sedia membantu rakyat berdepan banjir.

Menurut beliau, tindakan ‘munafik’ itu sekali gus membuktikan PH dan PN sebenarnya memang takut kalah serta enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri dikuasai mereka.

“Ini contoh hipokrasi blok politik tersebut yang sebelum itu memainkan sentimen kemarahan rakyat apabila kerajaan bubar Parlimen pada 10 Oktober lepas,” katanya selepas hadir menunggang motosikal bagi melancarkan Jentera PRU-15 Parlimen Sepang di Kompleks Muhibbah, Tanjung Sepat yang disertai lebih 800 penunggang motosikal.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi dalam nada sindiran turut terkesima apabila beberapa menteri besar dan ketua menteri di negeri dikuasai PH dan PN dicalonkan bertanding kerusi Parlimen.

“Saya pelik DUN mereka tidak dibubarkan tetapi ada hati lagi mahu bertanding kerusi Parlimen macam tiada calon lain yang layak, bahkan ada seronok tukar kerusi tertentu pula,” katanya.

Justeru, beliau mengajak rakyat untuk menghukum PH dan PN kerana tergamak menjadikan isu banjir sebagai bahan momokan bagi membenci BN sedangkan perkara itu jelas adalah fitnah.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya