Kita akan kembali menjadi harimau Asia -Jufitri - Utusan Malaysia

Kita akan kembali menjadi harimau Asia -Jufitri

JUFITRI JOHA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kita akan kembali menjadi harimau Asia yang akan mengaum dan akan berperanan bukan sahaja dalam negara tetapi juga di luar negara.”

Demikian seruan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha semasa menyampaikan ucapannya pada malam pengumuman calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jufitri yang juga Tokoh Belia Negara 2014 turut menggesa masyarakat untuk keluar mengundi semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kita bukan hanya mengundi untuk memilih pemimpin dalam negara, tetapi, kita mengundi untuk memilih seorang pemimpin yang boleh membawa Malaysia ke tahap paling tinggi di dunia dan menjadikan negara sebagai salah satu sebuah kuasa besar.

“Walaupun kita negara kecil, tetapi, ia tidak mustahil dengan kepemimpinan yang baik dengan para senior, pemimpin-pemimpin belia dan aktivis,” katanya, di sini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Jufitri antara nama yang diumumkan oleh PKR sebagai calon daripada kalangan tokoh profesional dan orang muda untuk menghadapi PRU-15.

Sementara itu, Jufitri turut mengesyorkan PKR untuk memberi perhatian khusus kepada golongan anak muda negara sekiranya berjaya menawan Putrajaya selepas PRU-15.

“Pertama sekali soal ekonomi. Pastikan apabila Pakatan Harapan (PH) memerintah agar dipastikan peluang-peluang pekerjaan akan diberikan kepada anak muda.

“Akan diberikan kepada golongan anak muda peluang-peluang pendidikan,” ujarnya.

Jufitri turut menyeru golongan anak muda untuk memerangi aktiviti rasuah yang menjadi punca negara menghadapi pelbagai krisis sebelum ini.

“Paling penting untuk sama-sama anak muda kita melawan rasuah, yang menjadi punca kepada segala permasalahan dalam negara kita,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN