Khaled masih berteka-teki, sedia bertanding di mana sahaja -

Khaled masih berteka-teki, sedia bertanding di mana sahaja

KHALED Nordin pada majlis Ramah Mesra Umno Cawangan D'Rimba di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini hari ini. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin masih berteka-teki sama ada akan kekal bertanding di Parlimen Pasir Gudang atau berhijrah ke Kota Tinggi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Namun, beliau mengakui tidak berdepan masalah untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen, asalkan dapat mewakili Barisan Nasional (BN).

Menurut bekas Menteri Besar Johor itu, persoalan itu akan terungkai apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan senarai penuh calon berkenaan. 

“(Ura-ura bertanding di Kota Tinggi) Saya serah diri saya kepada pucuk pimpinan untuk tentukan di mana sahaja saya diletakkan untuk bertanding,”  katanya kepada pemberita mengulas spekulasi akan bertanding di Kota Tinggi.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Cawangan Baharu UMNO, iaitu cawangan D’Rimba, Seri Alam, dekat sini.

Sebelum ini tular senarai nama calon yang akan bertanding di 26 kerusi Parlimen di Johor dan nama Mohamed Khaled disebut-sebut bertanding di Kota Tinggi.

Bagaimanapun, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad mendakwa senarai tersebut tidak tepat. 

Mohamed Khaled yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang berkata, kewujudan cawangan baharu itu dianggotai oleh sebahagian daripada ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memilih untuk bersama-sama UMNO.

“Ini petanda yang baik dalam kita menghadapi PRU-15. Penubuhan cawangan ini tidak ada kaitan sebab PRU-15 semakin hampir kerana ia dirangka sudah lama. Saya percaya kewujudan itu dapat membantu kekuatan UMNO dan BN berdepan PRU-15 tak lama lagi.

“Saya percaya mereka dapat membuat perbandingan dan melihat kewujudan UMNO lebih kepada berbakti dan memajukan masyarakat. Dan ini mereka boleh buat perbandingan dengan parti mereka pernah berurusan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya