Kerajaan PN pernah lonjakkan ekonomi negara - Utusan Malaysia

Kerajaan PN pernah lonjakkan ekonomi negara

MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya melonjakan pertumbuhan ekonomi negara pada suku tahun kedua 2022 sebanyak 8.9 peratus selain kejayaan prestasi pelaburan serta perdagangan yang memberangsangkan.

Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kejayaan itu adalah hasil langsung daripada pelaksanaan Dasar Pelaburan Baharu yang diluluskan oleh kerajaan PN pada April 2021.

Malah menurut beliau, kerajaan PN pernah melaksanakan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion sekali gus memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat termasuk peniaga kecil, orang bujang, majikan dan pekerja serta industri untuk memulihkan ekonomi rakyat dan negaram ketika itu.

“Menyelami aspirasi rakyat, PN senantiasa komited untuk berkhidmat dan menjamin kesejahteraan anak watan. Tahun 2021, Kerajaan PN telah mencipta hampir 300,000 peluang pekerjaan baharu dan sehingga suku kedua tahun 2022 telah melonjak kepada 539,000 peluang pekerjaan yang diberikan kepada rakyat Malaysia.

“Dalam tempoh pentadbiran PN, seluruh warga Felda telah menikmati manfaat daripada penghapusan hutang yang ditanggung bertahun-tahun oleh peneroka Felda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PARLIMEN

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Susulan pengumuman pembubaran Parlimen itu, SPR perlu menetapkan tarikh pilihan raya  selaras Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen. 

Kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu lagi, beliau menyifatkan pembentangan Bajet 2023 hanya  sia-sia, membazir sumber tenaga dan masa anggota perkhidmatan awam yang telah berhempas pulas untuk mengerah idea dan tenaga bagi menyediakannya setelah pembubaran Parlimen diumumkan semalam.

Katanya, keutamaan kerajaan seharusnya ditumpukan kepada untuk membantu rakyat mengharungi cabaran semasa dan bukannya mengejar untuk mengadakan PRU15 seperti mana desakan UMNO.

“Hakikatnya ada parti politik yang tidak mahu melihat peratusan keluar mengundi tinggi kerana peratusan keluar mengundi yang rendah akan memberi lebih peluang kepada parti berkenaan untuk menang. Inilah wajah sebenar mengapa PRU15 diadakan dalam musim hujan lebat dan kemungkinan banjir besar,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya