Kerajaan pantau, teliti kemasukan rakyat asing  - Utusan Malaysia

Kerajaan pantau, teliti kemasukan rakyat asing 

PEMANGKU Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan berangkat pada majlis pelancarann Keluarga Aspirasi Kepulihan Peringkat Kebangsaan 2022 di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan akan memantau dan meneliti setiap dokumen kemasukan rakyat asing ke negara ini selepas dakwaan terdapat kemasukan ejen perisikan Israel, Mossad menculik seorang warga Palestin seperti tersiar dalam sebuah akhbar tempatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihak berkuasa sentiasa memantau dan jika terdapat sebarang maklumat berkaitan, tindakan sewajarnya akan diambil.

“Sebenarnya, bila sesiapa sahaja yang masuk ke negara kita ini, mereka (kena) ada dokumen yang sah.

“Bila ada orang masuk tanpa dokumen yang sah, kita akan pantau sehingga sampai masa tertentu tangkap mereka… kita akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Keluarga Aspirasi Kepulihan Peringkat Kebangsaan 2022 di sini hari ini.

Berdasarkan laporan akhbar terbabit, agen perisikan Israel memasuki negara ini dalam usaha mengesan dan menculik dua lelaki Palestin dipercayai merupakan aset Briged Hamas al-Qassam.

Susulannya, perkara itu terbongkar apabila dua wanita rakyat tempatan ditahan dipercayai terbabit dalam kes penculikan warga Palestin itu, September lalu.

Dipercayai mereka yang berusia 30 tahun itu dilatih sebagai penyiasat persendirian di Perancis oleh ejen Mossad sekitar 2018, disyaki menjadi dalang kepada rangkaian perisikan Israel di negara ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN