Kelebihan dapat kuasai lebih satu bahasa - Radzi -

Kelebihan dapat kuasai lebih satu bahasa – Radzi

RADZI Jidin merasmikan Sambutan Dekat Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan Tahun 2022 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setiap murid perlu menguasai bahasa dengan baik kerana ia asas penting untuk membezakan dirinya dengan individu lain.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, jika seseorang itu menguasai lebih daripada satu bahasa, ia juga lebih baik khususnya apabila berdepan dunia tanpa sempadan ketika ini.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sendiri menggalakkan murid untuk menguasai pelbagai bahasa di samping menguasai sepenuhnya bahasa Melayu.

“Kita perlu lihat bahawa dunia ini luas persaingannya. Atas sebab itu, premis asasnya adalah sesiapa yang menguasai apa juga bahasa mereka mempunyai kelebihan,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan 2022, di sini, hari ini.

Pada masa sama, katanya, seseorang murid juga perlu memahami bahawa bahasa Melayu adalah tunjang perpaduan negara dan asas penguasaannya perlu diperkukuhkan.

Radzi berkata, adalah sangat rugi rakyat negara ini hanya sekadar pada pengetahuan asas bahasa kebangsaan sahaja, tetapi tidak meningkatkan penguasaan bahasa berkenaan.

Menurutnya, KPM juga sentiasa menganjurkan pelbagai program dan aktiviti bagi memartabatkan Bahasa Melayu di semua peringkat antaranya penulisan dokumen rasmi kerajaan, nyanyian lagu puisi, pertandingan pantun dan sebagainya.

Program Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan 2022 adalah acara tahunan  KPM bagi memartabatkan bahasa kebangsaan di semua peringkat bermula Mac lalu.

Antara program dianjurkan termasuk aktiviti penulisan dokumen rasmi kerajaan, penulisan bahasa jawi, pertandingan pantun, nyanyian lagu puisi dan seminar bahasa. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya