Kelantan 'kecoh' tanpa Annuar Musa PRU15?

Kelantan ‘kecoh’ tanpa Annuar Musa PRU-15?

pru15
ANNUAR Musa semasa ditemu bual oleh pemberita di Ketereh, Kelantan baru-baru ini.-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Arena politik negeri ini yang sebelumnya ‘dingin’ bertukar ‘kecoh’ apabila nama penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Utusan Malaysia setakat ini difahamkan hanya dua nama penyandang yang masih diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai calon Parlimen pada PRU-15 nanti iaitu Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Ahmad Jazlan Yaakub dan Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li di Gua Musang.

Difahamkan, Annuar bakal digantikan oleh Ketua Puteri UMNO negeri yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin.

Bagaimanapun, cakap-cakap yang mulai tersebar sejak malam tadi itu tidak dapat dipastikan kebenarannya sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat di negeri ini terutama kawasan Parlimen Ketereh.

Sementara itu, bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Zawawi Othman berkata, hanya dua nama calon sahaja yang disebut sebagai kekal mempertahankan kerusi Parlimen masing iaitu Ahmad Jazlan dan Ku Li.

Katanya, pada PRU-15 kali ini terdapat rombakan baharu yang dilakukan iaitu menampilkan 86 peratus calon muda ditampilkan.

“Bagaimanapun, keputusan akan diumumkan nanti oleh pucuk kepimpinan tertinggi parti nanti,” katanya.

Utusan Online semalam melaporkan, Annuar mahu mengekalkan prinsipnya untuk tidak bertanding di tempat lain selain Ketereh jika ditawarkan sebagai calon PRU-15.

Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu berkata, beliau tetap memilih untuk menawarkan diri dan berkhidmat di tempat kelahirannya sendiri, malah, tidak berpindah meskipun berdepan kekalahan pada pilihan raya sebelum ini

Pada PRU-14 Annuar berjaya mempertahankan kerusi yang dimenanginya dengan meraih majoriti 4,626 undi menewaskan calon Pas dan  PKR.

Annuar merupakan antara Ahli Parlimen BN yang bukan sahaja cemerlang dalam perkhidmatan, malah cukup disayangi dan disenangi oleh seluruh rakyat Kelantan termasuklah Ketereh selain Ahmad Jazlan dan Ku Li.

Selaku ‘otai’ politik Kelantan selepas Ku Li, ketiadaan Annuar sebagai calon PRU-15 disifatkan sebagai kejutan dalam arena politik Kelantan khususnya buat BN. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya