Kancil merah ganggu ketenteraman Masjid Tanah dipandu

Kancil merah ganggu ketenteraman Masjid Tanah dipandu ‘mat gian’

TANGKAP layar hantaran tular dalam laman sosial Facebook mengenai Perodua Kancil berwarna merah yang didakwa memandu secara melulu di Masjid Tanah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Polis mengambil tindakan pantas menahan pemandu sebuah kereta jenis Perodua Kancil berwarna merah yang didakwa memandu secara melulu sehingga menimbulkan keresahan pengguna jalan raya di Masjid Tanah di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, semasa ditahan, lelaki berusia 24 tahun itu tidak memiliki lesen memandu selain cukai jalan keretanya tamat tempoh.

Katanya, saringan air kencing terhadap suspek turut menunjukkan peniaga berkenaan positif dadah.

“Satu lagi kesalahan dikesan adalah melakukan pengubahsuaian pada ekzos kenderaan. Hasil ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah.

“Suspek ditahan pukul 11 pagi tadi di Balai Polis Masjid Tanah dan direman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan satu hantaran tular dalam laman sosial Facebook mengenai keluhan warganet berhubung tindakan tidak bertanggungjawab pemandu berkenaan.

“Mengganggu ketenteraman dan jiwa manusia di jalan raya, ibarat Masjid Tanah dia punya. Hendak tunjuk samseng dekat jalan raya, memekak shaja ekzos tak padan Kancil. Ramai yang sedang mencari pemilik kereta ini,” tulis hantaran itu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya