Ka Siong pertahan Ayer Hitam - Utusan Malaysia

Ka Siong pertahan Ayer Hitam

SAMSOLBARI JAMALI (empat dari kanan) melancarkan kapal pukat tunda besi pertama yang dikeluarkan syarikat tLBenzmark Marine Engineering (M) Sdn Bhd di Perairan Tanjung Buai, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: UMNO Bahagian Ayer Hitam memberi laluan kepada Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong untuk mempertahankan kerusi Parlimen Ayer Hitam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketuanya,  Datuk Samsolbari Jamali berkata, Ka Siong yang juga Presiden MCA dilihat sudah selesa di kerusi tersebut selain rakyat di Ayer Hitam turut mahukan beliau kekal sebagai wakil rakyat di situ.

“Kita memang memberi laluan kepada Ka Siong untuk terus dicalonkan di Ayer Hitam atas sebab kerana dia adalah wakil rakyat sedia ada, dia selesa dengan Ayer Hitam dan Ayer Hitam (rakyat) terima dia. 

“Siapa pun calon (lawan) kita sedia. Kita tahu Sheikh Umar ( adalah calon yang dikalahkan di DUN Paloh dan mahu mencuba nasib di Parlimen Ayer Hitam. So good luck. 

“Dia nak jadi ‘giant killer’, dia try kita punya kawasan pula. Ayer Hitam adalah satu contoh semangat Barisan Nasional (BN) dilaksanakan. Kita ada 58 peratus Melayu, 35 peratus Cina tapi kita beri kepada Dr. Wee Ka Siong,” katanya selepas melancarkan kapal pukat tunda besi pertama yang dikeluarkan syarikat tempatan, Benzmark Marine Engineering (M) Sdn. Bhd., di Perairan Tanjung Buai, hari ini. 

Terdahulu, Pakatan Harapan (PH) dijangka meletakkan Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali sebagai calon Ayer Hitam bagi PRU15.

MEMPERTAHANKAN

Beliau sebelum ini gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, tewas kepada calon BN, Lee Ting Han pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor,  Mac lalu dengan majoriti 3,176 undi.

Samsolbari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang berkata, UMNO bahagian akan mempertahankan Ka Siong bagi kerusi itu meskipun menerima banyak cabaran daripada parti lawan.

“Tak ada masalah dan kita mahukan rakyat Ayer Hitam khususnya agar mendapat perkhidmatan lebih baik walaupun sebelum ini baik tetapi kita hendak lebih baik pada masa akan datang. 

“Dahulu kita ada 40,000 pengundi, sekarang ada 61,000 pengundi. Nombor yang besar bagi penambahan pengundi, insya-Allah semua nombor itu milik kami (BN),” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya