PARLIMEN Jerai boleh dikatakan sebagai swing chair antara Pas dan Barisan Nasional (BN) di Kedah kerana penyandangnya silih berganti sejak Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) pada 1999 sehingga kini. Politik dinamik itu bermula selepas Tan Sri Badruddin Amiruldin yang kini Pengerusi Tetap UMNO menang dua penggal di kerusi itu dalam PRU8 dan PRU9 masing-masing pada tahun 1992 dan 1995. Namun, pada PRU10, Badruddin yang pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) tewas kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa. Beliau kemudian kembali menang pada PRU11 (2004) apabila mengalahkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya