Jabatan Imigresen longgar syarat, 10 jam majikan ambil pekerja

Jabatan Imigresen longgar syarat, 10 jam majikan ambil pekerja asing

KHAIRUL Dzaimee Daud
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberi kelonggaran kepada majikan yang terlewat untuk mengambil pekerja asing dengan tempoh maksima dipertimbangkan adalah selama 10 jam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kelonggaran tersebut diberi dengan syarat majikan boleh dihubungi dalam tempoh berkenaan.

Menurut beliau, majikan juga boleh diwakili dengan wakil yang dilantik atau agensi pekerjaan swasta dengan mengeluarkan surat perwakilan kuasa.

“JIM ingin memaklumkan bahawa peraturan yang mewajibkan majikan mengambil pekerja asing di pintu masuk dikuatkuasakan sejak tahun 2014. 

“Penetapan tempoh pengambilan pekerja asing pada waktu tersebut pada asalnya ditetapkan selama 72 jam dan dipendekkan kepada 48 jam, akhirnya kepada 24 jam. Bermula tahun 2015, tempoh masa untuk majikan mengambil pekerja asing adalah enam jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, rasional pelaksanaan peraturan berkenaan bertujuan memastikan semua pekerja asing baharu mempunyai majikan yang sah dan tidak menjadi mangsa pemerdagangan orang atau tinggal sebagai pendatang asing tanpa izin di Malaysia.

Tambah beliau, bermula Januari hingga 3 September lalu, JIM menerima permohonan untuk membawa masuk pekerja asing sebanyak 319,945. 

Katanya lagi, daripada jumlah tersebut, sebanyak 308,189 Visa Dengan Rujukan (VDR)  diluluskan merangkumi 247,985 secara eVDR dan 60,204 secara manual manakala 11,756 permohonan masih dalam proses untuk pertimbangan kelulusan dan akan diselesaikan dalam masa tujuh hari bekerja.

“Kelulusan VDR yang diberikan  mengikut sektor membabitkan pembantu rumah asing sebanyak 25,980 diikuti sektor pembinaan (17,977), perkhidmatan (60,488), perkilangan (145,774), perladangan (39,008) dan pertanian (18,962),” katanya.

Khairul berkata, jumlah pekerja asing baharu yang masuk ke negara ini bagi tahun ini sehingga 2 Oktober lalu adalah seramai 118,229 orang sementara jumlah pekerja asing semasa yang memegang PLKS adalah seramai 1,303,398 orang.  

Pada 28 September lalu, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) meminta penjelasan lanjut berhubung peraturan baharu yang mewajibkan majikan mengambil sendiri pekerja asing mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya