Isu Cikgu Fadli: KPM perlu berani terima kritikan  -

Isu Cikgu Fadli: KPM perlu berani terima kritikan 

NATTHAVUTH SENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kementerian Pendidikan seharusnya menilai dan menerima kritikan dengan hati terbuka berhubung masalah dihadapi murid sekolah seperti dibangkitkan oleh seorang guru, Mohd Fadli Mohamed Salleh di media sosial.

Pengarah Komunikasi PKR negeri, Natthavuth Seng berkata, sekiranya dilihat daripada sudut positif, Mohd Fadli hanya menyuarakan pengalaman malah kebanyakan rakyat turut merasai perkara sama di mana mereka tiada saluran untuk menyuarakan permasalahan.

Katanya, tindakan menurunkan pangkat dan membuang kerja seseorang guru adalah seperti cubaan bagi menutup mulut warga pendidik untuk terus bersuara berhubung sistem pendidikan yang kurang relevan di negara pada abad ini. 

“Ini juga membuktikan bahawa Kementerian Pendidikan tidak pernah mendengar luahan pendidik dan pelajar dalam memperkasakan lagi sistem pendidikan di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Fadli menerusi kemas kini di laman Facebook sebelum ini mendakwa dia berdepan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan masalah silibus aras tinggi bagi subjek matematik dan isu beg murid berat.

Dia memaklumkan tindakan itu tidak sepatutnya berlaku kerana tidak pernah terbabit dalam sebarang masalah disiplin atau menghadapi masalah dengan ibu bapa murid.

Guru dari Sekolah Kebangsaan (1) Gombak itu turut berkongsi gambar surat bertarikh 22 September lalu yang menyatakan, dia boleh dikenakan tindakan tatatertib buang kerja atau turun pangkat kerana berdepan tiga pertuduhan.

Kata Mohd Fadli, alasan yang diberikan atas tindakan itu adalah sangat tidak munasabah dan KPM seharusnya membuka luas ruang kepada semua pihak untuk memberikan pendapatan.

“Saya amat rasa kecewa dan sedih dengan tindakan diambil oleh KPM ke atas guru tersebut memandangkan pihak terlibat seharusnya menilai dengan hati terbuka tentang isu-isu yang diperkatakan itu,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya