Idris sah tidak bertanding PRU15, mahu UMNO `diremajakan’ - Utusan Malaysia

Idris sah tidak bertanding PRU15, mahu UMNO `diremajakan’

IDRIS JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Penyandang Parlimen Besut, Tan Seri Idris Jusoh mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini bagi memberi laluan kepada pemimpin muda.

Beliau yang juga Pengerusi Felda menegaskan keputusan  itu adalah bagi memberi laluan kepada calon yang lebih muda seiring dengan hasrat UMNO untuk meremajakan parti.

Menurutnya, beliau yakin masa depan UMNO akan jadi lebih bertenaga dan diminati pengundi dengan barisan kepimpinan muda.

“Sebenarnya, saya telah buat keputusan untuk tidak bertanding sejak tahun 2013 bagi memberi laluan kepada pimpinan muda meneruskan legasi parti. 

“Ketika itu, saya menyatakan hasrat saya kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung UMNO. Namun atas kehendak parti, saya akur dan kekal teruskan khidmat dengan bertanding dalam PRU15 demi parti dan negara. 

“Meskipun begitu, pada tahun yang sama saya telah melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Besut kepada pimpinan baharu sebagai salah satu perancangan saya untuk berundur secara beransur-ansur dalam arena politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, dengan peningkatan usianya mencecah 67 tahun ketika ini, adalah masa yang tepat untuk beliau memberi laluan kepada pemimpin muda.

MENYOKONG

“Terima kasih kepada semua pengundi dan rakyat yang telah menyokong saya sebelum ini serta parti yang tanpa jemu telah memberi kepercayaan kepada saya hingga kini. 

“Saya doakan UMNO dan Barisan Nasional akan terus berjaya. Saya juga akan terus bekerja kuat untuk memastikan BN terus menempa kemenangan dalam PRU15,” katanya.

Karier politik Idris bermula pada tahun 1995 ketika bertanding pada PRU-9 dan menang sebagai Ahli Parlimen Besut ketika berusia 40 tahun.

Penggal seterusnya iaitu dalam PRU 1999 beliau tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, namun kembali diberi mandat sebagai ADUN Jerteh untuk dua penggal berturut-turut iaitu pada tahun 2004 dan 2008.

Beliau menerajui BN Terengganu untuk merampas semula pentadbiran kerajaan negeri daripada Pas pada 2004 dan dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu ketika itu.

Dua penggal berikutnya pula iaitu 2013 dan 2018 (sehingga kini), Idris kembali bertanding di kerusi Parlimen seterusnya menang sebagai Ahli Parlimen.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya