IBS kenaf hasil rumah mampu milik - Utusan Malaysia

IBS kenaf hasil rumah mampu milik

AZJURIYANTI Azlan (kiri) bersama Idris Mohd. Salleh (kanan) dan Presiden Kontraktor Bumiputera Malaysia, Datuk Azman Yusoff (tengah) melawat Rumah Generasi Malaysia di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Syarikat Kumpulan Maju Desa Industri (KMDI) berjaya menghasilkan tiga produk teknologi sistem binaan berindustri (IBS) berasaskan kenaf yang penggunaannya mampu menjimatkan harga rumah sehingga 30 peratus.

Penggunaan kenaf dapat memberi penjimatan yang signifikan apabila sebuah rumah yang biasanya memerlukan kos pembinaan RM120,000 untuk 1,000 kaki persegi dikurangkan kepada RM85,000.

Tempoh masa pembinaan rumah juga lebih pendek dengan penggunaan teknologi itu iaitu tidak sampai sebulan.   

Pengarah Urusan KMDI Harta, Datuk Azjuriyanti Azlan berkata, kira-kira RM2 juta dilaburkan untuk program penyelidikan dan pembangunan tiga produk IBS kenaf tersebut.

“KMDI akan menggunakan produk ini bagi membina sasaran 8,000 Rumah Generasi Malaysia dalam tempoh lima tahun di seluruh negara dan di negeri ini sahaja projek bernilai RM250 juta akan dimulakan tahun depan.

“KMDI akan memberi impak yang besar kepada Perumahan Mampu Milik apabila KMDI mampu membina rumah dengan harga yang rendah kerana produk IBS kenaf KMDI amat menjimatkan, kukuh, mudah dipasang malah satu-satunya IBS yang boleh dibuat pengubahsuaian,” katanya pada majlis pelancaran Rumah Generasi Malaysia dan perasmian Pusat Kajian Pembangunan IBS di sini hari ini.

Menurut Azjuriyanti, tiga produk IBS berkenaan merupakan antara yang mempunyai ketahanan tinggi tetapi lebih menjimatkan berbanding kaedah pembinaan biasa.

Beliau berkata, tiga produk IBS kenaf itu ialah KMDI Building System 1 yang merupakan papan kenaf dengan permukaan licin manakala KMDI Building System 2 merupakan acuan beroda yang akan dipasang di tapak projek untuk diisikan simen kenaf bagi menyiapkan dinding.

Tambahnya KMDI Building System 3 pula ialah merupakan blok kenaf yang dijangka mampu dikeluarkan KMDI sebanyak 20,000 biji blok sehari menjelang 2023.

“KMDI akan menubuhkan 20 kilang bergerak untuk menghasilkan 20,000 biji blok kenaf sehari dan melahirkan 20 usahawan kenaf yang akan diuruskan oleh Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia dan Syarikat Jaazura Resources Sdn. Bhd.

Sementara itu Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Idris Mohd. Salleh berkata, kenaf merupakan industri yang berpotensi dan penanaman kenaf meningkat dari semasa ke semasa dengan kira-kira 2,600 hektar ladang kenaf direkodkan di seluruh negara.  –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya