Hutang lapuk RM233.8 juta peserta Felcra dilupus - Ismail Sabri - Utusan Malaysia

Hutang lapuk RM233.8 juta peserta Felcra dilupus – Ismail Sabri

ISMAIL Sabri Yaakob menyampaikan cek dividen projek peserta-peserta Felcra Berhad pada majlis ramah mesra bersama peserta Felcra, pekebun kecil Risda dan Orang Asli di Arena Merdeka di Tapah hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Kerajaan akan  melupuskan hutang lapuk 20,000  peneroka Felcra Berhad yang semuanya  berjumlah RM233.8 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira ketidakmampuan peneroka ekoran pulangan pendapatan yang rendah disebabkan projek kurang berdaya maju dan tidak produktif.

Menurut beliau, sehingga Disember tahun lalu, sebanyak 323 projek di seluruh negara dengan keluasan 22,173 hektar telah dikenal pasti sebagai projek kurang berdaya maju.

“Kalau hasilnya kurang, saya faham macam mana mahu bayar hutang. Kalau kita potong, lagi sesak. Kerajaan sedar perkara itu.

“Saya sudah dirujuk oleh Pengerusi Felcra mengenai perkara ini dan pada dasarnya kerajaan bersetuju menghapus hutang peserta-peserta ini yang akan melibatkan kos RM233.8 juta,” katanya.

Ismail Sabri  berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Peserta Felcra Berhad, Pekebun Kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Warga Orang Asli di Arena Merdeka di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Ismail Sabri berkata, walaupun kerajaan telah bersetuju untuk menghapuskan hutang berkenaan, perkara itu perlu mengikut peraturan dan prosedur bagi tujuan kelulusan dengan dibentangkan di Kabinet.

“Mesyuarat Kabinet tidak boleh diadakan sekarang ini kerana kerajaan telah membubarkan Parlimen.

“Kelulusan ini akan tetap jadi kenyataan jika saya dan rakan-rakan lain boleh bermesyuarat semula dalam Mesyuarat Kabinet nanti,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri turut mengumumkan, seramai 74,949 peserta Felcra di seluruh negara menerima bayaran dividen membabitkan nilai keseluruhan RM181.5 juta bagi pembayaran Keuntungan Boleh Agih Interim 2/2022.

Beliau berkata, bayaran berkenaan akan dibuat secara berperingkat mulai  hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya