Hospital Bachok beroperasi tahun depan - Utusan Malaysia

Hospital Bachok beroperasi tahun depan

KHAIRY Jamaluddin (tengah) semasa ditemui pada Majlis Penyerahan Projek Tebatan Banjir Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu, Kelantan hari ini.UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hospital Bachok yang dalam kerja-kerja pembinaan dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun hadapan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pembinaan hospital berkenaan merupakan usaha kerajaan dalam meningkatkan tahap kesihatan penduduk di kawasan Bachok.

“Hospital Bachok dengan kapasiti 76 buah katil itu dijangka akan siap pembinaannya dan boleh beroperasi sepenuhnya pada tahun hadapan,” semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Projek Tebatan Banjir Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini hari ini.

Utusan Malaysia 18 September lalu melaporkan, kerja-kerja pembinaan Hospital Bachok bernilai RM141 juta yang dimulakan pada 2016 namun terbengkalai sejak hampir setahun lalu, disambung semula pada pertengahan bulan depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika memberi jaminan tersebut memberitahu, projek pembinaan Hospital Bachok bermula pada 27 September 2016 dan sepatutnya siap Disember tahun lalu.

Pembinaan Hospital Bachok merangkumi wad 76 katil, pejabat pentadbiran, kafeteria, perkhidmatan pesakit luar dan kemudahan lain seperti kuarters kakitangan, kawasan letak kereta, surau, bangunan sokongan seperti rumah sampah dan loji rawatan air. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN