Hadi dakwa UMNO 'keruh' - Utusan Malaysia

Hadi dakwa UMNO ‘keruh’

Tan Sri Abdul Hadi Awang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan Pas tidak berhasrat ingin bermusuh dengan Barisan Nasional (BN) selepas mengambil keputusan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sebaliknya, beliau berkata, Pas mendapati masih terdapat ‘kekeruhan’ yang membelenggu BN melibatkan beberapa perkara antaranya isu rasuah yang belum selesai. 

“Barisan Nasional ini ada keruhnya. (Isu) Penerima rasuah tidak selesai lagi. Kita tahu penerima rasuah ini ada yang dituduh dan difitnah tetapi tidak selesai lagi.

“Bukan kita hendak bermusuh, kita tidak bermusuh tetapi kerana ada keruh. Kerana keruh ini kita tangguh dahulu (kerjasama dengan BN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Dhuha di Pantai Kelulut di sini, hari ini.

Abdul Hadi menambah, beliau juga mendakwa kecuaian BN dalam melaksanakan perjuangan Islam ketika mentadbir negara menyebabkan Pas menangguhkan kerjasama dalam PRU15 ini.

“Kita (Pas) hendak laksanakan Islam di Terengganu dan Kelantan tetapi dia (BN) rampas royalti (minyak). Hasil minyak Terengganu dia rampas, yang Kelantan dia tidak beri,” katanya.

Selain itu, Abdul Hadi juga berkata, keputusan BN untuk mengadakan PRU15 pada waktu terdekat ini dalam keadaan kebanyakan negeri sedang melakukan persiapan menghadapi banjir, menggambarkan kegopohan BN untuk memperoleh kuasa.

Sehubungan itu, katanya, Pas memilih untuk menjalin kerjasama dengan PN bagi menjernihkan keadaan meskipun mengakui bakal berhadapan jalan yang sukar dalam PRU15 ini.

“Hendak lebih senang dengan UMNO (BN) lah. Boleh menang cepat, ramai orang sokong tetapi kita hendak menjernihkan yang keruh terlebih dahulu,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya