Guru meninggal dunia ditemukan tersandar di kerusi -

Guru meninggal dunia ditemukan tersandar di kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang guru lelaki meninggal dunia dalam keadaan tersandar di kerusi kayu tepi surau Darul Furqan, Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Ismail, di sini pagi tadi.

Mangsa, Khairul Izad Ismail berusia 47 tahun ditemukan rakan setugasnya pada pukul 10.45 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum bertindak menghubungi guru lain untuk membantu.

Mangsa yang sudah berkahwin dan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah itu kemudiannya dibawa ke surau.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang tiba ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pemeriksaan terhadap badan mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

“Pemeriksaan awal dengan guru sekolah terbabit juga mendapati mangsa tidak pernah mengadu sakit selain tidak mengalami simptom Covid-19.

“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk saringan dan bedah siasat sebelum dituntut keluarganya petang ini,” katanya.

Zaidy berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya