Feri ke Langkawi pula tersangkut kabel kapal korek -

Feri ke Langkawi pula tersangkut kabel kapal korek

FERI penumpang yang dalam perjalanan ke Pulau Langkawi mengalami kerosakan selepas tersangkut pada kabel boya kapal korek berhampiran Terminal Feri Kuala Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Sebuah lagi feri penumpang yang kali ini dalam perjalanan ke Pulau Langkawi mengalami kerosakan apabila tersangkut kabel boya kapal korek berhampiran Terminal Feri Kuala Kedah, kira-kira pukul 4 petang ini.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kap­ten Baharin Baharom berkata, kejadian itu menyebabkan kerosakan pada kipas enjin feri yang membawa 133 penumpang berkenaan.

Kata beliau, pihaknya kini sedang berusaha untuk menunda feri tersebut yang tersangkut kira-kira 500 meter daripada terminal feri berkenaan.

“Kami memaklumkan insiden itu kepada Jabatan Laut dan meminta bantuan daripada bot nelayan untuk mengeluarkan kesemua penumpang sebelum air surut sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahad lalu, Feri Bahagia 98 terkandas di beting pasir pada kedudukan 1.5 Batu Nautika daripada terminal tersebut disebabkan cuba mengelak daripada melanggar Moorings Anchor Cable kapal korek yang berada di laluan feri.

Menurut Baharin, insiden kali ini turut berlaku di kedudukan sama dengan feri membawa 545 penumpang dari Langkawi yang terkandas sebelum ini.

“Kos ganti rugi dan pembaikan yang tinggi terpaksa dikeluarkan apabila berlaku insiden seperti ini. Ibarat tidak diambil pengajaran apabila tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak kontraktor pengerukan membabitkan laluan feri.

“Maka, kami akan berbincang dengan peguam untuk nasihat sama ada boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kontraktor kerana isu ini memberi impak buruk kepada nama syarikat dan Langkawi,” katanya.

Jelasnya, mereka juga tidak sempat memindahkan penumpang untuk menaiki feri seterusnya pada pukul 5 petang disebabkan kapal tunda sukar untuk merapati feri berkenaan ekoran turut berisiko untuk tersangkut pada kabel tersebut.

“Kesemua 133 penumpang yang terkandas itu akan diberikan penginapan oleh pihak feri dan dibenarkan menaiki feri pada pukul 2 petang esok,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya