Elak kunjungi sungai, air terjun berisiko kepala air -

Elak kunjungi sungai, air terjun berisiko kepala air

Tragedi kepala air di Baling menyebabkan banyak rumah penduduk terjejas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengunjungi kawasan peranginan air terjun dan sungai yang berisiko berlaku kepala air pada musim tengkujuh ini atas faktor keselamatan.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, bagi mereka yang merancang untuk mengunjungi kawasan tersebut pada cuti sekolah dan sempena perayaan Deepavali ini dinasihatkan supaya membatalkan hasrat tersebut.

“Seperti yang sedia maklum, daerah Sik mempunyai banyak kawasan peranginan dan tumpuan orang ramai untuk bercuti, berkelah dan beriadah.

“Antara kawasan-kawasan peranginan yang popular adalah Lata Mengkuang, pusat peranginan Rimba Taqwa, Lata Charok Rambai, Lata Batu Hampar Hujung Bandar dan Sungai Viral di Jeneri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Balai Polis Jeniang yang disempurnakan Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalulintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Deputi Komisioner Datuk Mohd. Nadzri Hussain.

Menurutnya, polis akan terus melakukan pemantauan di kawasan peranginan serta lokasi kerap dilanda banjir kilat bersama agensi lain seperti bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sik merupakan kawasan tadahan Ulu Muda dan ada beberapa kawasan akan dilanda banjir sekiranya berlaku hujan lebat melebihi tiga jam.

“Antara kawasan sering terjejas adalah di Belantik, Kampung Landai, Kemelong, Kampung Hujung Bandar dan beberapa kawasan lagi terutamanya di pinggir sungai,” ujarnya.

Beliau pada masa sama mengingatkan pengguna jalan raya berhati-hati sepanjang cuti sekolah, tidak lama lagi.

“Kita jangka akan berlaku pertambahan bilangan kenderaan sempena musim perayaan ini,” tambahnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya