Dolla tampil imej lebih sopan

Dolla tampil imej lebih sopan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan yang sering mencetuskan kontroversi gara-gara imej dan penampilan seksi, Dolla, dilihat semakin berhati-hati dalam pemilihan pakaian apabila tampil lebih sopan.

Penampilan sopan Dolla yang dianggotai empat anggota wanita terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya ketika menjadi tetamu program Meletop, baru-baru ini menerima pujian ramai.

Sama ada serik dikecam atau ingin mengelak imej mereka terus diperkatakan, perubahan dibawa kumpulan yang popular dengan lagu Dolla Make You Wanna dan Impikan itu sewajarnya disokong.

Sebelum ini, Dolla dihujani kritikan ramai apabila menggayakan persalinan seperti tidak ‘cukup kain’ ketika beraksi dalam sebuah festival muzik, bulan lalu.

Bukan sekali penampilan seksi mereka mengundang kecaman ramai, sebaliknya Dolla sering menjadi sasaran cemuhan sehingga ada yang mempertikai, kumpulan itu lebih selesa ‘menjual’ imej seksi berbanding bakat dan kebolehan.

Dolla ditubuhkan sejak tiga tahun lalu dan mula dibentuk melalui satu sesi uji bakat.

Bakat tarian dan alunan suara yang bertenaga membantu kumpulan ini mendapat perhatian dalam tempoh singkat.

Sejak itu, Dolla mula menerima perhatian meluas dalam pelbagai program televisyen dan stesen radio tempatan.

Dolla mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia dan mula meraih kejayaan komersial bersama single sulung mereka, Dolla Make You Wanna pada 20 Mac 2020.

Terbaru, Dolla merakamkan single duet bersama penyanyi, Naim Daniel menerusi lagu Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya