DAP umum empat calon Parlimen Pahang, Rara taruhan di Bentong - Utusan Malaysia

DAP umum empat calon Parlimen Pahang, Rara taruhan di Bentong

YOUNG SYEFURA OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: DAP hari ini mengumumkan empat calon  di parlimen Pahang, termasuklah Young Syefura Othman dipertaruhkan di Bentong bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata,  tiga calon lain yang diumumkan ialah  Chow Yu Hui dipertaruhkan di parlimen Raub, Chiong Yoke Keong (Cameron Highlands) manakala Tengku Zulpuri Shah Raja Puji  (Lipis).

Bagaimanapun, menurut beliau, Zulpuri akan turut bertanding di sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diumumkan minggu hadapan.

“Lipis  kerusi majoriti pengundi Melayu yang selama ini kuat UMNO dan kali ini kita diberi tanggungjawab, kerusi ini satu langkah penting untuk DAP menerokai kawasan UMNO dan kita akan letakkan calon yang kuat.

“Zulpuri juga diberi pengecualian bertanding di DUN, beliau merupakan satu-satunya calon yang bertanding dua kerusi untuk DAP, parlimen Lipis dan DUN yang akan diumumkan pada minggu hadapan” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP, hari ini.

 Di parlimen Cameron Highlands, Loke berkata, DAP kalah tipis pada PRU14  dan Pakatan Harapan (PH) sekali lagi memberi tanggungjawab kepada DAP untuk memenangkan kerusi tersebut dengan meletakkan calon yang mempunyai pengalaman yang sebelum ini berkhidmat sebagai ADUN Tanah Rata.

YU HUI

Begitu juga Chow Yu Hui yang sebelum ini penyandang ADUN Teras, kali ini diletakkan di peringkat Parlimen iaitu di Raub.

Mengulas lanjut mengenai pencalonan pertama Rara di peringkat parlimen, Loke berkata, DAP pusat meletakkan sepenuh kepercayaan kepada beliau yang merupakan calon muda, berusia 33 tahun dan mempunyai rekod baik ketika menjadi ADUN Ketari sebelum ini.

“Rara merupakan ahli parlimen wanita Melayu pertama DAP. Dan saya menaruh kepercayaan kepada beliau telah berkhidmat di kawasan tersebut selama lima tahun dan track rekod yang baik pengundi beliau di DUN Ketari. Itu antara faktor beliau boleh membantu parti untuk menang di parlimen itu.

“Keputusan itu bukan hanya berdasarkan pemerhatian, tetapi juga ada buat survey dan kita percaya beliau adalah winnable candidate di situ,” kata Loke  lagi.

Dalam pada itu, Loke turut berkata, Rara akan dibantu Teresa Kok selaku Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mentor di parlimen itu, sementara Loke sendiri akan menjadi CEC di tiga parlimen iaitu Lipis, Raub dan Cameron Highlands. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya