Dakwaan nama Jho Low dikeluarkan daripada notis merah adalah

Dakwaan nama Jho Low dikeluarkan daripada notis merah adalah palsu

jho low
JHO LOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Dakwaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low sudah dikeluarkan daripada notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) adalah berita palsu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM),  Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, dakwaan berkenaan telah dimuat naik pemilik akaun Twitter ‘Borneoghost’ dengan tujuan mewujudkan kegusaran masyarakat.

Kata beliau, susulan dakwaan itu, pihaknya mengesahkan  menerima laporan polis berhubung hantaran berkenaan. 

“PDRM menafikan kenyataan itu dan ia adalah berita palsu daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan (JSJ) Bukit Aman di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, kes itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Masyarakat diingatkan supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menyalahgunakan platform berkenaan untuk menyebarkan berita tidak benar sehingga boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya