Covid-19: Kes positif menurun: Selangor tertinggi dengan 621 kes

Covid-19: Kes positif menurun: Selangor tertinggi dengan 621 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,788 kes berbanding kelmarin, 1,794 kes sekali gus kekal mengatasi 1,227 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 621 kes diikuti Kuala Lumpur (329), Perak (161), Sabah (138) dan Negeri Sembilan sebanyak 135 kes manakala bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Pulau Pinang sebanyak 94 kes,  Sarawak (72), Melaka (51), Kedah (48), Johor (33), Kelantan (33), Pahang (26), Putrajaya (24) dan Terengganu sebanyak 13 kes.

Dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, enam kes dan Labuan, empat kes dengan pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 365 orang berbanding kelmarin, 335 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 38 kes berbanding jumlah kelmarin, 36 kes selain pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 24 kes bersamaan jumlah kelmarin. 

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan tiga kes berbanding jumlah kelmarin, empat kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,394 kes, manakala, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,739 kes. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya