Covid-19: Kes menurun tapi kekal melebihi 2,000 -

Covid-19: Kes menurun tapi kekal melebihi 2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,256 kes berbanding kelmarin, 2,561 kes sekali gus mengatasi 1,363 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 30,277 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,877,387 kes. 

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 690 kes diikuti Kuala Lumpur (612), Perak (211), Sabah (125) dan Pulau Pinang sebanyak 107 kes. 

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Negeri Sembilan iaitu sebanyak 81 kes, Sarawak (79), Melaka (70), Kedah (69), Kelantan (52), Johor (51), Pahang (46), Putrajaya (31) dan Terengganu sebanyak 23 kes.

Hanya satu lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, sembilan kes manakala Labuan, sifar kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 358 orang berbanding kelmarin, 384 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 47 kes berbanding jumlah kelmarin, 51 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 17 kes berbanding jumlah kelmarin, 23 kes. 

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan tiga kes berbanding jumlah kelmarin, lapan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,440 kes. 

Manakala satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,751 kes. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya