Covid-19: 3,296 kes positif; Selangor, 1,302 kes - Utusan Malaysia

Covid-19: 3,296 kes positif; Selangor, 1,302 kes

JUMLAH kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi kategori 1 dan 2 turut meningkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,296 kes berbanding kelmarin, 2,762 kes sekali gus mengatasi 1,960 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 34,818 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini sebanyak 4,893,733 kes. 

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,302 kes diikuti Kuala Lumpur (813), Perak (247), Sabah (162), Negeri Sembilan (151) dan Pulau Pinang (140). 

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Melaka sebanyak 87 kes, Kelantan (82), Pahang (68), Sarawak (63), Kedah (59), Johor (53), Putrajaya (35) dan Terengganu sebanyak 22 kes.

Dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, lapan kes dan Labuan, empat kes.

 Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 504 orang, kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) (58 kes) dan pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan sebanyak 35 kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan satu kes berbanding jumlah kelmarin, empat kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,463 kes manakala satu lagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya