Calon PN mungkin guna logo Pas di 3 negeri  - Utusan Malaysia

Calon PN mungkin guna logo Pas di 3 negeri 

pas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding di tiga negeri diterajui Pas iaitu Terengganu, Kedah dan Kelantan berkemungkinan menggunakan logo Pas. 

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ketetapan itu sedang dimuktamadkan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

“Kita telah mendapat lebih kurang lampu hijau daripada PN untuk Pas menggunakan logo Pas, iaitu bulan di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pas. Itu yang diterima dan dipersetujuilah.

“Kalau kita tengok kenyataan daripada Pengerusi PN (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pun beliau mengatakan beliau memahami rasional Pas meminta penggunaan logo itu. 

“Bagi saya, saya faham mungkin tidak ada masalah. Jadi, maknanya semua calon-calon PN akan menggunakan logo Pas kalau itu dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita, hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Pendakian 121 Puncak sempena ulang tahun Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia ke-121 di sini. 

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, langkah menggunakan logo Pas itu juga dilihat strategik seperti mana PKR menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor meskipun mereka merupakan parti dalam komponen dalam Pakatan Harapan (PH). 

“Jadi ia terpulang kepada gabungan. Kalau gabungan membenarkan individu parti itu menggunakan logo itu, boleh digunakan,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN