Bukan ahli, Mohd. Khairuddin tidak boleh campur urusan Pas -

Bukan ahli, Mohd. Khairuddin tidak boleh campur urusan Pas

MOHD. Amar Nik Abdullah (empat dari kiri) ketika melakukan gimik perasmian Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022 di Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas mengingatkan penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali supaya tidak mencampur urusan parti kerana beliau sudah dipecat sebagai ahli.

Naib Presiden, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Mohd. Khairuddin sepatutnya lebih memberi tumpuan kepada dirinya sendiri pada ketika ini daripada terus bercakap atau mengganggu urusan Pas termasuklah mempersoalkan sama ada keputusan parti itu untuk bersama Pakatan Nasional (PN) mendapat persetujuan Majlis Syura Ulamak Pas (MSUP) atau sebaliknya.

“Untuk tujuan apa beliau duduk di luar parti kemudian memberikan pelbagai komen berkenaan Pas. Selain itu, kita perlu melihat peranan MSUP sebelum memberikan komen sebegitu.

“Peranan MSUP adalah menentukan dasar parti dan dasar dibuat yang membolehkan Pas berta’awun dan bertafahum siasi. Bermakna Pas boleh sama ada untuk berta’awun atau bertahaaluf,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022 di sini hari ini.

Semalam, sebuah portal berita tempatan melaporkan, Mohd. Khairuddin mendakwa MSUP tidak pernah membincangkan sebarang gabungan antara Pas dan PN, malah, penubuhan gabungan parti itu tidak mengikut susur galur sebagaimana Muafakat Nasional (MN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu menjelaskan, pelaksanaan dasar dibuat oleh Jawatankuasa Pas Pusat diketuai Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan jelas Pas boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk tujuan mencapai maslahat parti dan agama.

Katanya, bukan semua perkara perlu dirujuk kepada MSUP kerana kuasa eksekutif masih dipegang Jawatankuasa Pas Pusat yang bergerak dalam kerangka dibenarkan MSUP.

“Jadi, tidak berbangkit MSUP bersetuju atau tidak dengan keputusan parti bersama PN. Sebagai bekas Setiausaha MSUP, beliau (Mohd. Khairuddin) sepatutnya tahu dan faham perkara ini. Pada asasnya, Pas mahu bergabung dengan semua pihak yang boleh membawa kebaikan kepada dasar Islam dan bukan hanya dengan UMNO.

“Keputusan untuk tidak bersetuju dengan MN adalah berikutan faktor-faktor yang dijelaskan oleh Presiden Pas sendiri. Bagi saya antara faktor terbesar adalah sikap UMNO sendiri yang berkeras dan enggan bertolak ansur,” ujarnya.

Timbalan Menteri Besar itu berkata, muafakat sepatutnya menggabungkan semua pihak dan bukan hanya Pas dan UMNO sahaja tetapi pihak lain sepatutnya boleh bersama. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya