IK: Kegiatan haram melombong unsur nadir bumi atau rare earth element (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang di sini dikhuatiri mencemarkan alam sekitar dan sumber air ekoran ia tidak melalui proses kajian Impak Alam Sekeliling (EIA). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pegawai Lapangan Sahabat Alam Sekitar (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, apa jua kerja-kerja tanah akan memberi risiko berlakunya sedimentasi dan hakisan yang menyebabkan sungai menjadi kotor. Katanya, itu belum mengambil kira proses pengekstrakan REE yang mungkin menggunakan bahan kimia tertentu selain proses pencucian yang menjejaskan kualiti air sungai.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya