‘Bila gelanggang dibuka, takkan kami tak masuk’  - Utusan Malaysia

‘Bila gelanggang dibuka, takkan kami tak masuk’ 

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari membidas dakwaan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang PN beria-ria bersiap sedia bertanding pilihan raya sedangkan sebelum ini kononya mahu fokus banjir. 

Ahmad Fadhli berkata, orang ramai tidak perlu bimbang soal banjir kerana tiga menteri besar di negeri yang diterajui Pas tidak bertanding Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Sehubungan itu, katanya, persediaan yang diambil bagi mengharungi PRU15 adalah bagi mengelakkan BN menang mudah kali ini susulan pembubaran Parlimen sebelum ini. 

“Dia begini bos, apabila gelanggang dibuka, takkanlah kami tak masuk, mustahil nak bagi menang mudah, lagipun belum tentu BN boleh menang kali ini. Rekod di peringkat nasional selama 60 tahun memerintah negara rakyat masih ingat. 

“Soal banjir, kerajaan negeri siap sedia. Tiga MB kami tak bertanding pun, jangan bimbang. Soal pilihan raya, kami juga siap sedia,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli mengingatkan pengundi muda pada kali ini untuk memilih PN bagi membentuk kerajaan yang bersih dan stabil. 

“Yang stabil sahaja, tetapi tak bersih akan menghancurkan negara. Stabil, tetapi duit negara hilang, stabil tetapi tanah rizab Melayu menyusut, stabil tetapi kawasan Parlimen untuk negeri Melayu lebih sedikit, ini di zaman siapa?. 

“Bersih, tetapi tak stabil juga belum cukup. Lalu, kita tawarkan ‘bersih’ dan ‘stabil’. Jangan bimbang, kita lawan cara sihat,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya