Bersatu Terengganu akur tanding satu kerusi

Bersatu Terengganu akur tanding satu kerusi

ROSOL WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu akur dengan keputusan pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang hanya memberi satu kerusi kepada parti itu untuk diwakili dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November akan datang.

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, walaupun pihaknya meminta untuk bertanding dua kerusi iaitu di Hulu Terengganu dan Besut, namun pemimpin tertinggi PN memutuskan agar Bersatu hanya bertanding di Hulu Terengganu sahaja.

“Kita dah minta untuk diberi (bertanding di Besut) tapi kalau tak dapat, tak mengapa kerana akan diberi di tempat lain pula.

“Difahamkan, Bersatu akan diberi untuk bertanding di Parlimen lain kalau tak di Terengganu mungkin Johor atau Perak supaya ada persetujuan bersama dalam berdepan PRU15 ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, rundingan awal Bersatu dan Pas ialah Bersatu akan bertanding di kerusi yang kini menjadi milik UMNO iaitu Hulu Terengganu dan Besut manakala Pas kekal mempertahankan kemenangannya di enam kerusi yang lain iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu.

Ditanya keputusan sama ada beliau akan bertanding menggunakan logo Pas iaitu bulan pada PRU15 tidak lama lagi, Rosol yang juga bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu berkata, perkara itu hampir pasti berlaku.

“Macam dah confirm guna (logo) bulan untuk semua calon PN di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, .tapi belum confirm betul-betul lagi.

“Apa pun yang muktamadkan nanti ialah pimpinan tertinggi PN, nak guna bulan ke nak guna logo PN, kita di negeri-negeri akan ikut sahaja apa keputusannya nanti,” katanya.

Pada PRU14, Rosol yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 2,868 menewaskan calon Pas, Muhyiddin Abdul Rashid dan calon Bersatu, Datuk Razali Idris.

Bagaimanapun, Rosol memutuskan keluar daripada UMNO dan menyertai Bersatu pada 14 Disember 2018 dengan memberi alasan rakyat terutama pengundi di Parlimen Hulu Terengganu tidak menikmati pembangunan dan dipinggirkan selepas lebih enam bulan PRU14 berlalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya