Bersatu belum tentu menang guna simbol Pas di Kelantan

Bersatu belum tentu menang guna simbol Pas di Kelantan

AHMAD Jazlan Yaakub bersama kepemimpinan BN Kelantan mengibarkan bendera pada Majlis Pelancaran Jentera BN Kelantan di Labok, Machang hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Barisan Nasional (BN) Kelantan percaya rakyat akan menolak calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding menggunakan simbol bulan di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, penggunaan simbol bulan itu tidak memberikan kelebihan kepada Bersatu kerana rakyat sudah bijak untuk membuat penilaian parti mana yang akan ‘pangkah’ pada hari pengundian.

“Bagaimana rakyat nak sokong Bersatu kerana mereka sendiri tidak yakin kepada lambang (bendera) parti. Undang-undang lompat parti sudah diluluskan di Parlimen, manakanya mereka (Bersatu) akan terikat dengan Pas.

“Pada masa yang sama mereka mereka masih lagi ahli Bersatu. Bagi saya lebih baik mereka keluar Bersatu, masuk dan bertanding atas tiket Pas. Selepas ini kalau parti mereka memanggil, mereka tidak boleh keluar kerana terikat dengan watikah yang diserahkan kepada pengurus pilihan raya,” katanya dalam sidang media sempena pelancaran Jentera BN Kelantan di Labok, di sini hari ini.

Ahmad Jazlan memberitahu, dalam peperangan Islam panji atau lambang perlu dipertahankan.

Katanya, kalau dari awal lambang asal sudah dibuang rakyat sudah mampu membuat penilaian.

“Selepas PRU14 lalu, beberapa parti sudah mentadbir negara ini dan rakyat sudah dapat melihat hanya BN yang mampu mentadbir serta mewujudkan kestabilan pada negara” ujarnya.

Utusan sebelum ini lalu melaporkan, penyandang kerusi Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed (Tok Pa) dan Tanah Marah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz akan menggunakan simbol bulan pada PRU15.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menyampaikan ucapan pada Himpunan Penyatuan Ummah, Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di Dataran Warisan, Stadium Muhammad IV. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya