PETALING JAYA: Seorang lelaki terkejut selepas menemukan seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan dan dibuang dalam kotak di sebuah hentian bas berhadapan sebuah pangsapuri, Jalan SB Indah 2, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.25 pagi, bayi lelaki berkenaan ditemukan dalam sebuah kotak berwarna coklat.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisoner A. A. Anbalagan berkata, bayi lelaki itu kemudiannya telah dibawa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut.
“Usaha mengesan saksi serta meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran lokasi kejadian sedang dijalankan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. –UTUSAN