KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan belanjawan terbesar dalam sejarah dengan pelbagai insentif dan bantuan untuk hampir setiap lapisan masyarakat selain mempertahankan ekonomi ketika dunia berdepan kelembapan dan negara akan mengadakan pilihan raya umum tidak lama lagi. Bajet 2023 menyaksikan Putrajaya memperuntukkan RM372 bilion atau RM40 bilion lebih tinggi berbanding RM332.1 bilion yang diperuntukkan tahun lalu bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi yang dijangka menyederhana tahun hadapan. Perbelanjaan mengurus kerajaan termasuk gaji kakitangan awam, pembayaran hutang, subsidi, bantuan dan operasi memperkasa jentera kerajaan mencapai RM272 bilion berbanding RM233 bilion tahun ini. Peruntukan pembangunan juga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya