[BAJET 2023] Insentif untuk majikan menggaji belia 18-30 tahun -

[BAJET 2023] Insentif untuk majikan menggaji belia 18-30 tahun

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat senam robik bersama para pelajar sempena perasmian Stadium Mini Arena SMK BBU, Johor Bahru di sini baru-baru ini.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Kerajaan menyediakan insentif penggajian di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada majikan yang menggaji belia berusia 18 hingga 30 tahun dan menganggur lebih tiga bulan untuk memastikan anak muda mendapat akses pekerjaan.

Insentif itu turut diberikan kepada majikan yang mengambil graduan Bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Bagi menggalak anak muda terbabit dalam perniagaan, kerajaan juga menyediakan peruntukan berjumlah RM305 juta dalam pinjaman khusus melalui SME Bank, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Simpanan Nasional dan Agrobank.

Bagi membantu belia B40 menjana pendapatan melalui sektor perkhidmatan, kerajaan juga bersetuju untuk menanggung bayaran lesen teksi, bas dan e-hailing di bawah program MyPSV, serta menanggung bayaran ujian lesen memandu motosikal kelas B2.

Melalui Skim Tekun Mobilepreneur, kerajaan meneruskan peruntukan RM10 juta bagi membiayai modal anak muda yang terbabit dalam perkhidmatan penghantaran. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya