PETALING JAYA : Penjawat awam yang bertugas di bahagian sokongan dikesan lebih mudah terlibat dan terdedah dalam kes-kes rasuah. Keadaan ini dapat dilihat apabila sebanyak 2,177 daripada 3,051 penjawat awam yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh enam tahun sejak 2016 sehingga September lalu melibatkan mereka yang bertugas di bahagian berkenaan. Data ini diperoleh Utusan Malaysia menerusi laman rasmi SPRM yang dimuat naik agensi itu sebagai rujukan dan paparan awam. Berdasarkan rekod sama, Utusan Malaysia mendapati sebanyak 6,469 individu yang bertugas di sektor awam dan swasta telah ditahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya