Anwar sedia bertemu Dr. Mahathir

Anwar sedia bertemu Dr. Mahathir

ANWAR Ibrahim disambut orang ramai semasa melawat Little India Jalan Tengku Kelana Klang hari ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mempunyai masalah untuk bertemu dan berbincang dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kerjasama politik menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, perkara yang ditekankan adalah kepentingan melawan Perikatan Nasional (PN) atau Barisan Nasional (BN).

“Tiada masalah, boleh jumpa boleh bincang tetapi selalu saya tekankan mengapa nak lawan PN atau BN?

“Dasar apa (lawan) iaitu tolak rasuah, perkauman dan fahaman melampau. Kalau itu yang di request (diminta), saya tiada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu lawatan di Little India di Jalan Tengku Kelana hari ini.

Walau bagaimanapun ketika ditanya adakah PH bakal bergabung dengan gabungan diterajui Dr. Mahathir selepas perbincangan itu, Anwar bagaimanapun enggan menjawabnya.

“Banyak hal lain, saya hendak berkempen sekarang,” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) bersedia untuk bertemu Anwar bagi mengadakan rundingan kerjasama menghadapi PRU15.

Malah Dr. Mahathir dipetik berkata, sekiranya perlu memulakan langkah untuk bertemu Anwar, beliau bersedia berbuat demikian demi mengalahkan kejahatan yang sangat merosakkan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya