Aminuddin mungkin calon BN lawan Anwar, Peja di Tambun  -

Aminuddin mungkin calon BN lawan Anwar, Peja di Tambun 

AMINUDDIN MD. HANAFIAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Badan Perhubungan UMNO Perak mencadangkan Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md. Hanafiah sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Aminuddin mungkin bertemu dengan calon heavyweight Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon dari Perikatan Nasional, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Untuk calon BN di Parlimen Tambun, nama yang dicadangkan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri ialah Datuk Aminuddin iaitu Ketua UMNO Bahagian (Tambun) yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO negeri,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra sempena sambutan Deepavali Parlimen Bagan Datuk di Hutan Melintang di sini hari ini.

Aminuddin merupakan bekas ADUN Hulu Kinta yang kalah kepada calon PKR, Muhamad Arafat Varisai Mahamad pada PRU14.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) juga mengalu-alukan percubaan PH untuk menawan Perak pada PRU15 apabila mempertaruhkan Anwar bertanding di Parlimen Tambun.

Menurutnya, sebagai negara demokrasi, tentunya mana-mana calon yang ingin bertanding, bebas untuk bertanding, sama ada seseorang itu ahli biasa atau pun presiden sesebuah parti. 

“Perak adalah tempat, kubu kuat BN, namun, kalau mana-mana parti mahu mencuba, kita mengalu-alukannya percubaannya,” katanya.

Pada Konvensyen PH di Ipoh kelmarin,  Anwar mengumumkan akan bertanding di Parlimen Tambun pada PRU15 dan akan menentang Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Parlimen itu.

Anwar berkata, beliau bertanding dengan keyakinan untuk merampas Parlimen Tambun dan negeri Perak.

Mengenai Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang digantung keahlian dalam UMNO, Ahmad Zahid berkata, sama ada bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO itu akan bertanding pada PRU15 atau sebaliknya,  perkara itu diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilih parti untuk membuat keputusan.

“Begitu juga Khairy Jamaluddin (Ahli Parlimen Rembau), saya serahkan kepada Jawatankuasa Pemilih parti,” katanya.

Sebelum ini Khairy mengesahkan beliau tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Rembau selepas diarah mengosongkannya oleh Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang mahu bertanding di kerusi itu.

Namun, setakat ini Khairy mengakui beliau belum ada kawasan yang akan ditandingi pada PRU15. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya