ALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah dikatakan mengalami pergolakan apabila sebahagian pimpinan utama di negeri ini tidak berpuas hati dengan pemberian kerusi Parlimen Jerai kepada DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Menurut sumber, pemimpin dan ahli terlibat dipercayai akan memboikot pilihan raya berkenaan setelah Pakatan Harapan (PH) sah menamakan Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff sebagai calon di kerusi itu. Katanya, satu sidang akhbar tergempar akan diadakan kira-kira pukul 5.30 petang ini di Pejabat Amanah Jerai yang terletak di Guar Chempedak. Difahamkan, Parlimen Jerai sepatutnya ditandingi calon daripada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya