ADUN Bersatu tawar diri lawan Mujahid di Parit Buntar

ADUN Bersatu tawar diri lawan Mujahid di Parit Buntar

ABDUL YUNUS JAMAHRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Abdul Yunus Jamahri menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen Parit Buntar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan keyakinan untuk mengalahkan penyandangnya, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

Abdul Yunus, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau yang juga Exco kerajaan negeri berkata, beliau menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen kerana merupakan anak tempatan.

Menurutnya, namun terpulang kepada pimpinan tertinggi parti membuat keputusannya mengenai hasratnya itu.

“Saya anak tempatan di sini, saya menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen namun ia ditentukan oleh pucuk pimpinan parti, apa jua keputusan di peringkat Pusat, saya tetap akur.

“Jika hasrat saya tidak tercapai, saya tetap akan membantu calon yang diputuskan oleh pimpinan tertinggi Pusat dan akan memastikan kerusi ini dimenangi oleh Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas  taklimat khas PRU15 Parlimen Parit Buntar di sini semalam.

Mujahid merupakan Naib Presiden Amanah.

Abdul Yunus berkata, sudah sampai masanya pengundi di Parit Buntar  memilih anak tempatan untuk mewakili mereka di Parlimen ini.

“Sebagai anak tempatan tentunya saya lebih mengetahui selok belok di kawasan ini dan lebih memahami masalah yang dihadapi rakyat di kawasan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN