Abd. Latiff sedia undur diri pada PRU15

Abd. Latiff sedia undur diri pada PRU15

ABDUL Latiff Ahmad (kiri) meninjau projek tambatan banjir yang dalam proses pembinaan di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan. -UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG : Penyandang kerusi Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad sedia memberi laluan  kepada muka baharu bertanding pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Abd. Latif yang sudah enam penggal menjadi wakil rakyat berkata, calon muda perlu diberi peluang menonjolkan bakat untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Masa sudah sampai, enam penggal menjadi menteri, 17 tahun menjadi timbalan menteri dan saya pernah jadi exco kerajaan negeri… cukuplah.

“Saya beri peluang kepada mereka yang bertenaga (calon muda) pula pada PRU15 ini, ” katanya kepada pemberita sempena Lawatan Tapak Projek Tambatan Banjir di Kampung Tersang di sini hari ini.

Pada PRU-14 lalu, Abd. Latiff  bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) ketika itu memenangi kerusi Parlimen Mersing dengan memperoleh 19,806 undi, menewaskan dua pencabarnya dari  Pas dan PKR.

Abd. Latiff merupakan Ahli Parlimen Mersing selama lima penggal, memenangi kerusi berkenaan ketika bersama UMNO di bawah tiket BN sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Februari 2019.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) memberitahu kerusi Parlimen Mersing kini merupakan kubu kuat Perikatan Nasional(PN).

Katanya, beliau berharap calon yang mahu menggantikannya pada PRU15 lalu mestilah daripada Bersatu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya